
ISU TULAR PENULARAN PENYAKIT TIBI
ISU TULAR PENULARAN PENYAKIT TIBI DI KAWASAN EMART MATANG.
MOHON SHARE
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengambil maklum laporan tular di laman media sosial berkaitan berhubung penularan kes penyakit tibi di kawasan Emart Matang dan menasihatkan sesiapa yang ingin juga ke kawasan tersebut perlu mengunakan topeng penutup muka.
Turut dinyatakan semua pekerja Emart Matang telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan penyakit tibi di Klinik Kesihatan Petra Jaya pada isnin hingga jumaat minggu ini.
Sehubungan dengan itu, pihak JKNS ingin memaklumkan disini bahawa (2) kes penyakit tibi telah dicatatkan di kawasan dua tersebut. Kes pertama telah dikesan pada 10 Januari 2019, manakala kes kedua telah dikesan pada 04 Febuari 2019 melalui ujian Xray dada. Kedua dua pesakit telah dimulakan rawatan sebaik sahaja dikesan menghidap penyakit tibi. Keputusan ujian calitan kahak telah dibuat dan keputusan adalah negatif.
Unit Kawalan Penyakit Tibi (TBCP) Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching (PKB Kuching) telah mengenalpasti 158 orang kontak keluarga, sosial dan rakan sekerja yang perlu menjalani saringan penyakit tibi.
Saringan prosedur konteks dilakukan berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan dan Penyeliaan Program Kawalan Penyakit Tibi.
Pihak Pengurusan Emart Matang telah memberi kerjasama yang yang amat baik kepada jabatan ini dan telah mengambil inisiatif dengan menjalankan ujian X-ray di fasiliti swasta kemudian semua kakitangan yang terlibat dirujuk ke Klinik Kesihatan Petra Jaya bagi mendapatkan konsultasi seterusnya secara percuma.
Walaupun dua kakitangan Emart Matang telah didiagnos penyakit tibi, mereka tidak lagi menjangkitkan penyakit ini kepada orang lain kerana rawatan telah dimulakan dan mereka telah mematuhi semua arahan rawatan yang telah ditetapkan.
Pihak kami ingin memberitahu bahawa penyakit tibi adalah penyakit berjangkit yang merebak melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Sekiranya mana-mana individu yang mempunyai tanda-tanda penyakit tibi iaitu batuk melebihi 2 minggu, kurang selera makan, susut berat badan, demam, berpeluh waktu malam dan kahak berdarah perlu ke fasiliti kesihatan terdekat bagi menjalani saringan penyakit tibi.
Penyakit Tibi boleh dikesan melalui ujian saringan kahak dan X-ray. Masyarakat tidak perlu risau kerana penyakit TB ini adalah penyakit yang boleh dirawati dan pesakit sembuh sepenuhnya.
Sekian dan terima kasih.
Dr. Jamilah binti Hashim Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
28 Febuari 2019
Same In Category
- Importance and Benefits of Health Programs
- FITNESS TO WORK MEDICAL CHECK UP
- OCCUPATIONAL HEALTH TRAINING
- VISITING OHD & IN-HOUSE CLINIC SERVICES
- MEDICAL SURVEILLANCE PROGRAM
- ERFO THERAPY PROGRAM
- ADVISORY AND CONSULTANCY
- World Cancer Day – a look at occupational cancer
- UNDERSTANDING THE LINK BETWEEN WORK AND MENTAL HEALTH
- Undang-undang anti diskriminasi di tempat kerja wajar diwujudkan
Related Blogs By Tags
- Importance and Benefits of Health Programs
- FITNESS TO WORK MEDICAL CHECK UP
- OCCUPATIONAL HEALTH TRAINING
- VISITING OHD & IN-HOUSE CLINIC SERVICES
- MEDICAL SURVEILLANCE PROGRAM
- ERFO THERAPY PROGRAM
- ADVISORY AND CONSULTANCY
- World Cancer Day – a look at occupational cancer
- UNDERSTANDING THE LINK BETWEEN WORK AND MENTAL HEALTH
- Undang-undang anti diskriminasi di tempat kerja wajar diwujudkan
Leave A Comment