Strok haba: Elak terdedah kepada cuaca panas

Strok haba: Elak terdedah kepada cuaca panas

Strok haba: Elak terdedah kepada cuaca panas

Write By: admin
Published In: ROOT
Created Date: 2019-02-26
Hits: 179
Comment: 0

Orang ramai terutama golongan yang berisiko tinggi termasuk warga emas, orang berpenyakit serta kanak-kanak dinasihatkan untuk tidak terdedah pada cuaca panas untuk jangka masa panjang bagi mengelak daripada serangan strok haba.

Berikutan cuaca yang panas sehingga boleh menyebabkan dihidrasi dan seterusnya mengakibatkan strok haba, Dr Zaini menasihatkan orang ramai meminum air terutama air putih dengan jumlah yang banyak.

Katanya, sekiranya ada tanda-tanda demam, muntah, cirit birit dan kejang dalam kalangan orang ramai, mereka dikehendaki berjumpa doktor segera untuk diagnosis awal.

"Tindakan awal boleh mengelak daripada berlaku komplikasi lebih teruk termasuk boleh membawa maut," katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Zaini berkata program Mari Berpeluh bertujuan mempromosi dan menggalakkan penglibatan seluruh rakyat Kelantan khususnya menjalankan aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh.

"Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 melaporkan 51.7 peratus iaitu lima daripada 10 rakyat Kelantan menghadapi masalah hypercholesterolemia (kandungan kolesterol tinggi dalam darah), masalah berat badan berlebihan (30.7 peratus) dan 28.8 peratus menghadapi masalah obesiti yang memberi isyarat penyakit tidak berjangkit semakin meningkat.

"Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan telah menyediakan satu pelan untuk aktiviti fizikal dikenali sebagai NASPAL (Pelan Strategik Kehidupan Aktif Nasional) 2016-2025 yang bermatlamat untuk menurunkan sebanyak 10 peratus prevalen ketidak aktifan dalam aktiviti fizikal penduduk Malaysia menjelang 2025," katanya.

-- BERNAMA

Tags:

Leave A Comment