Purata dua pekerja 'tidak pulang' setiap hari tahun lalu

Purata dua pekerja 'tidak pulang' setiap hari tahun lalu

Purata dua pekerja 'tidak pulang' setiap hari tahun lalu

Write By: admin
Published In: ROOT
Created Date: 2019-02-19
Hits: 249
Comment: 0

KIRA-kira 890 kes kematian dicatat akibat kemalangan dalam perjalanan pergi balik ke tempat kerja tahun lalu.

Angka berkenaan menunjukkan penurunan berbanding 2017 yang mencatatkan 924 kes kematian sama.

“Ini bermakna, setiap hari purata dua pekerja tidak pulang semula ke rumah akibat terbabit dalam kemalangan maut,” katanya.

Bagaimanapun, kes kemalangan pergi dan balik ke tempat kerja pada tahun lalu meningkat 35,195 kes berbanding 33,319 kes pada 2017 dengan kira-kira 74 peratus kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Oleh itu, kita berharap lebih banyak pihak bekerjasama dengan PERKESO melaksanakan program kesedaran kepada golongan pekerja.

“Kita tidak kisah menaikkan peruntukan bantuan kewangan asalkan program dijalankan memberi kesan positif dan boleh mengurangkan kes kemalangan pergi balik kerja,” katanya.

Tahun ini PERKESO memperuntukkan Geran Bantuan Kewangan kepada 33 institusi dan NGO yang membuat permohonan membabitkan jumlah RM4,643,463.30.

Ia merangkumi 280 program seminar atau kursus, 225 program pencegahan kemalangan perjalanan, 87 khidmat runding cara, dua program penyelidikan dan pembangunan serta dua penerbitan video promosi.

Antara institusi dan NGO yang menerima peruntukan itu ialah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).


Kredit: HM

Tags:

Leave A Comment