6 Tip Keselamatan Di Tempat Kerja

6 Tip Keselamatan Di Tempat Kerja

6 Tip Keselamatan Di Tempat Kerja

Write By: admin
Published In: ROOT
Created Date: 2019-02-18
Hits: 2103
Comment: 0

Keselamatan di tempat kerja adalah aspek yang paling penting dalam memastikan produktiviti kerja terus meningkat.

Menurut statistik daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, jumlah kemalangan pekerjaan yang dilaporkan sehingga April 2018 adalah sebanyak 1251 kes dengan kematian sebanyak 71 orang, sementara 58 orang hilang upaya kekal.

Kemalangan pekerjaan adalah sesuatu yang boleh dielakkan dan ia tidak seharusnya berlaku. Langkah keselamatan di tempat kerja harus diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

1. Peka dengan keadaan sekitar

Anda harus mengetahui risiko serta bahaya yang mungkin berlaku di tempat kerja. Dengan mengetahui tempat, prosedur atau keadaan yang berisiko, kemalangan akan dapat dielakkan.

Ini termasuk:

  • Minyak yang tertumpah di atas lantai.
  • Tangga di hadapan pintu. Jika pintu dibuka dari arah yang tidak dilihat, tangga tersebut berisiko untuk jatuh.
  • Luka pada badan. Ia mungkin membawa kepada jangkitan yang serius. Sila dapatkan kit bantuan pertama (first aid) untuk mencuci luka tersebut.
  • Pisau yang terdedah di pantri. Elakkan daripada membiarkan pisau terdedah. Seeloknya ia ditutup atau diletakkan terbalik di tempat yang sepatutnya.   
  • 2. Pastikan postur badan anda betul

    Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk duduk dalam tempoh yang lama seperti menghadap komputer, pastikan bahu anda sejajar dengan pinggul bagi mengelakkan masalah sakit belakang.

    Apabila mengangkat barang, gunakan teknik yang betul dan elakkan daripada membongkok.

    Sebaiknya, gunakan perabot dan perkakas yang mesra pengguna untuk mencegah daripada masalah kesihatan tertentu.

    3. Berhenti rehat seketika

    Antara punca berlaku kemalangan adalah kerana hilang fokus. Bekerja dalam tempoh yang lama mendedahkan diri anda kepada hilang daya tumpuan. Rehat yang singkat mampu mengembalikan semula tenaga dan membuatkan anda segar.

    Antara tip yang boleh digunakan adalah melakukan tugas yang paling susah sewaktu tumpuan anda paling tinggi, contohnya di waktu pagi.

    4. Kurangkan stres di tempat kerja

    Tekanan atau stres boleh membawa kepada kemurungan dan kurang fokus. Antara perangsang stres adalah waktu bekerja yang lama, kerja yang terlalu banyak dan hubungan kurang baik antara pekerja dan majikan.

    Kedua-dua pihak, pekerja dan majikan, harus bekerjasama mewujudkan suasana kerja yang positif dan seronok. Semua orang harus bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri. Jika suasana seperti ini dapat diwujudkan, pastinya produktiviti kerja akan meningkat.

    5. Laporkan sebarang keadaan yang tidak selamat

      
    Keadaan seperti mesin rosak, paip bocor atau kebakaran harus dilaporkan kepada penyelia atau pihak yang terbabit. Ini adalah sangat penting bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah.

    Contohnya, jika ada kerosakan pada penghawa dingin di dalam pejabat, ia harus diperiksa oleh pihak tertentu. Walaupun hanya melibatkan satu penghawa dingin, ia mungkin disebabkan oleh kebakaran kecil pada wayar yang boleh tersebar ke bahagian lain.

    6. Gunakan pakaian keselamatan yang sepatutnya

    Pakaian keselamatan tidak direka melainkan untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Terutamanya bagi sektor pembuatan, yang mencatitkan angka tertinggi kemalangan pekerjaan seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, penyelia atau majikan harus memastikan semua pekerjanya mematuhi prosedur keselamatan yang betul.

Tags:

Leave A Comment