Kanser pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia

Kanser pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia

Kanser pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia

Write By: admin
Published In: ROOT
Created Date: 2019-02-12
Hits: 1584
Comment: 0

ANGKA kematian akibat penyakit kanser di hospital kerajaan di negara ini meningkat sebanyak 50 peratus sejak tahun 1996. hanya 8.9 peratus kematian sahaja direkodkan pada 20 tahun lalu berbanding 13.6 peratus yang direkodkan pada 2016.

Kanser adalah pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia selepas serangan jantung dan kemalangan, malah bilangan penghidap penyakit itu juga meningkat setiap tahun. Secara amnya, ada pelbagai jenis kanser yang boleh membawa maut, tetapi paling lazim dalam kalangan wanita adalah kanser payudara dan serviks manakala bagi lelaki pula adalah kanser paru-paru dan usus.

"Risiko lebih tinggi bagi mereka yang ada sejarah kanser dalam kalangan keluarga. Penyakit keturunan seperti kanser payudara, ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

"Namun, penyakit ini boleh dirawat jika ia dikesan lebih awal."

"Ia sememangnya membimbangkan kerana dalam usaha kerajaan untuk memacu misi ke arah negara maju, Malaysia memerlukan rakyat yang sihat dan bebas dari pelbagai penyakit kronik terutamanya kanser.

“Justeru, kerajaan komited memberi perhatian kepada pelbagai strategi dan aktiviti yang dirancang menerusi Pelan Tindakan Kanser (2016-2020) namun mencegah serta membanteras penyakit kanser juga adalah tanggungjawab pelbagai pihak," 

menerusi Institut Kanser Negara yang mula beroperasi sejak 2 September 2013, pesakit kanser boleh mendapatkan perkhidmatan, diagnostik serta rawatan khusus untuk menangani penyakit berkenaan.

"Selain itu, seramai 380,217 wanita turut mendaftar menyertai program subsidi ujian mammogram untuk wanita berusia 40 hingga 70 tahun yang berpendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

"Sehingga Jun lalu, 325,830 wanita di negara ini turut menerima vaksinasi Virus Human Papiloma (HPV) percuma untuk mencegah kanser rahim dan kerajaan turut menyediakan perkhidmatan pap smear di 49 klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), " 

, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2015) menunjukkan bahawa 3.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes, 6.1 juta lagi mempunyai hipertensi (darah tinggi) dan 9.6 juta lagi menghidap hiperkolesterolemia.

"Tinjauan itu turut mendapati sejuta belia berumur 18 hingga 40 tahun menghidap diabetes manakala 1.7 juta lagi menghidap hipertensi.

"Bagi menangani masalah berkenaan, KKM merangka rangka kerja Pelan Strategik Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit (NSP-NCD) 2016-2025 untuk mengukuhkan program pencegahan dan pengawalan penyakit tidak berjangkit termasuk kanser di Malaysia," 


Tags:

Leave A Comment