Pusat Keselamatan Bertaraf Dunia Pertama Di Pantai Timur

Pusat Keselamatan Bertaraf Dunia Pertama Di Pantai Timur

Pusat Keselamatan Bertaraf Dunia Pertama Di Pantai Timur

Write By: admin
Published In: ROOT
Created Date: 2019-01-29
Hits: 459
Comment: 0


Pusat mencari dan menyelamat bertaraf dunia atau dikenali sebagai Aeronautical Rescue Sub Centre di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dijangka siap dan dapat beroperasi Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, pusat yang baru dibina oleh Kerajaan Persekutuan itu merupakan satu-satunya pusat bertaraf dunia yang ada di Pantai Timur.

Jelasnya lagi, pusat tersebut akan berfungsi untuk mencari dan menyelamat sekiranya berlaku sebarang kemalangan laut dan udara di negeri sekitarnya seperti Pahang dan Kelantan.

“Aeronautical rescue yang baru ditubuhkan, yang mana kita adalah satu-satunya lokasi (pejabat) yang ada di sini (Terengganu).

“Yang memberi respon awal berkaitan dengan aeronautical rescue sekiranya ada apa-apa kemalangan di sekitar sini, sama ada dari Kelantan ataupun di Pahang dengan secepat mungkin,” ujarnya.

Kredit: teganukita

Tags:

Leave A Comment