Seorang dikhuatiri maut, seorang lagi cedera bangunan dalam pembinaan runtuh.

Seorang dikhuatiri maut, seorang lagi cedera bangunan dalam pembinaan runtuh.

Seorang dikhuatiri maut, seorang lagi cedera bangunan dalam pembinaan runtuh.

Write By: admin
Published In: ROOT
Created Date: 2019-01-29
Hits: 180
Comment: 0

KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan dikhuatiri maut, manakala rakannya cedera apabila sebuah bangunan yang dalam pembinaan di Kampung Baru Balakong, dekat sini runtuh petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizam Mohd Nudin, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.39 petang.

“Kejadian dipercayai berpunca dari struktur pembinaan di tingkat empat bangunan berkenaan runtuh.

"Ketika ini operasi menyelamat mangsa terperangkap di runtuhan struktur bangunan sedang giat dijalankan dengan menggunakan gerudi khas bagi memecahkan konkrit," katanya dalam sidang media di sini, tadi.

Katanya, mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan berkenaan dikhuatiri maut dan bomba masih menunggu pengesahan daripada pasukan ambulans.

“Seramai 40 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tun Hussien Onn, BBP KLIA, BBP Serdang, BBP Balakong dan BBP Hang Tuah terbabit dalam operasi ini,” katanya yang turut memaklumkan proses mengeluarkan mangsa sudah berjalan hampir 70 peratus.

Norizam berkata mangsa yang cedera dalam runtuhan berkenaan dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Beliau berkata, identiti kedua-dua mangsa sedang dikenal pasti.

Kredit : BH

Tags:

Leave A Comment